SESAL TAK DAPAT BANTU KAWAN
SALAM
AIDILFITRI DAN SALAM KEMERDEKAAN buat semua pengunjung blog ini.
Apabila tuan-tuan membaca blog ini bermakna tuan-tuan sekurang-kurangnya
ada satu kad kredit bermasalah. Hehehe...Mohon maaf, berdasarkan
pengalaman saya sahaja. Mungkin tuan-tuan terserempak sahaja ke sini.
Walaupun apa tujuan tuan-tuan. Blog ini khusus buat pemegang kad kredit yang mahu nyahkan 'interest' kad kredit setiap bulan.
Kenapa?
Kerana saya akan cuba membantu tuan-tuan membayar bil kad kredit dengan tenang TANPA faedah. Insya-Allah.
Kesal Tak Berpeluang Bantu
Saya
telah membantu ramai orang menyelesaikan masalah kad kredit dengan
kaedah EPP ini. Namun begitu, ada dua rakan pada minggu lepas mengadu
masalah kad kredit dan tidak dapat diselamatkan lagi kerana sudah naik
mahkamah dan kad kredit sudah disekat. Nak buat macam mana. Sudah
terlambat. Mereka lambat maklumkan masalah masing-masing. Saya pula
tidaklah pula bila berjumpa bercerita tentang ini kerana mereka tak
pernah suarakan masalah mereka.
Bahaya Kad Kredit
Saya
salin petikan ini daripada blog Ustaz Zaharudin. Mungkin ia dapat
membantu tuan-tuan. Memang ramai menyedari bahaya kad kredit jika tak
mampu jelaskan bayaran mengikut jumlah dan tempohnya.
Kad yang sengaja menggalakanpemilik melewatkan bayaran ;
Kad
ini juga sememangnya direka cipta untuk memerangkap pengguna. Saya
mengatakan demikian kerana, kerangka asas kad ini adalah pengguna HANYA
diminta untuk membuat bayaran bulanan hanya 3-5 % dari jumlah penggunaan
bulannnya. Jika semua jumlah yang digunakan dilangsaikan sebelum tempoh
‘grace period' (biasanya 20 hari), pengguna tidak akan dikenakan
sebarang caj. Sebarang tangguhan bayaran melebihi 20 hari, caj interest
RIBA yang tinggi akan dikenakan.
Di
Malaysia cajnya hasil peraturan yang dikenakan oleh bank Negara
Malaysia, caj interest kad kredit di Negara ini seperti berikut :-
No. of prompt payment in the past 12 months
|
Interest Rate
| |
Tier 1
|
12 consecutive months
|
13.5%
|
Tier 2
|
at least 10
|
16%
|
Tier 3
|
Others
|
17.5%
|
Keterangannya
Tier-1
: Caj tahunan yang dikenakan bagi pemegang kad yang secara konsisten
melangsaikan bayaran minimum secara berturut-turut selama 12 bulan yang
sebelumnya dalam tempoh dibenarkan.
Tier-2 : Caj interest tahunan yang dikenakan bagi pemegang kad yang melangsaikan bayaran minimum selama 10 bulan dalam setahun,
Tier-3 : Caj yang dikenakan bagi semua pemeganga yang tidak menepati dua ciri di atas.
Boleh
difahami dari jadual di atas, bagi mereka yang gagal melangsaikan
bayaran minimum secara konsisten akan menderita dengan kadar riba yang
lebih tinggi berbanding mereka yang konsisten membayar. Pun begitu,
kadar caj interest terendah bagi bank-bank pengeluar kad di Malaysia
adalah 13.5 % dan tertinggi adalah 17.5 %. Itu adalah setelah peraturan
baru yang dikeluarkan oleh bank Negara Malaysia. Perlu disedari caj
tersebut amat lah tinggi dan tersangat merugikan.
Pembaca boleh melihat sendiri bagaimana caj yang dikenakan oleh HSBC bank di link INI.
Manakala Standard Chartered Bank seperti berikut PULA
Perlu
difahami, jumlah yang dituntut bayar setiap bulan oleh pihak bank
biasanya hanya 5 peratus dari jumlah penggunaan bulanan, manakala jumlah
interest sebanyak 1.46 peratus setiap bulan (atau 17.5 % tahunan) itu
akan dikenakan kepada semua pokok hutang atau jumlah tertunggak.
Sekarang
cuba bayangkan, ruginya mereka yang membeli belah dengan menggunakan
kad kredit dan kemudian membiarkan caj berbelas peratus itu dikenakan ke
atas mereka. Jika pengguna faham dan sedar, bermakna setiap pembelian
pengguna akan lebih mahal berbanding pembayaran yang dibuat secara tunai
atau menggunakan debit kad.
CONTOH KIRAAN MUDAH
Sekali
lagi, ini bermakna, pembeli yang membeli menggunakan kad kredit
membayar secara purata adalah 17.5 % tahunan (iaitu sama dengan 1.46
peratus bulanan) berbanding pembeli secara tunai.
Sebagai contoh kiraan mudah faham, katalah Ah Chong berbelanja menggunakan kad kredit sebanyak RM 10,000 (nilai
pokok pinjaman) pada bulan Januari, dia perlu membayar semula jumlah
tersebutditambah 1.46 peratus setiap bulan iaitu RM 146. Memang benar,
ia kelihatan kecil, tetapi cuba fahamkan bahawa jumlah tersebut bersifat
compounding atau akan masuk di dalam jumlah pokok.
Katalah
Ah Chong tidak membayar jumlah minima wajib 5 % setiap bulan. Maka
akibatnya pada bulan Januari, jumlah pokok yang perlu dibayar meningkat
kepada RM 10,146.
Pada bulan Februari,
jika jumlah tersebut dibiarkan, lagi 1.46 peratus dikenakan dari jumlah
baki terkumpul yang baru iaitu 1.46 peratus x RM 10,146 = RM 148.13.
Pada bulan Mac, jumlah pokok terkumpul sudah berubah menjadi RM 10,146 + RM 148.13 = RM 10,294.13.
Begitulah
kiraan dipermudah bagi caj interest bulanan sehinggalah semua jumlah
tertunggak itu diselesaikan. Akibat dari cara kiraan sebegini sekitar 30
peratus pemilik kad kredit jatuh muflis, kebanyakkannya dari kalangan
eksekutif muda yang tidak dapat mengawal runtunan nafsu berbelanja dan
kurang displin dalam membayar hutang.
Menurut
statistik yang diperolehi oleh BNM, jumlah hutang kad kredit ini
bertambah 20 peratus pada setiap tahun.Dengan kadar faedah 1.5 peratus
sebulan. Bank-bank Malaysia dengan mudah mendapat keuntungan faedah
berjumlah RM159 juta setiap tahun tidak termasuk caj-caj untuk
perkhidmatan lain seperti caj pengeluaran tunai (5%) dan caj lambat
bayar (RM5). Mujurlah di Malaysia, BNM menghadkan caj interset maksimum
kepada 17.5 % setahun sahaja, bayangkan di Negara lain seperti Amerika,
caj tersebut boleh meningkat kepada 40 %, malah pihak bank di sana
sentiasa mendesak kerajaan agar menghapuskan kadar maksimum interest
bagi kad kredit.
Bayangkah
betapa ruginya menggunakan kad kredit dari sudut kiraan duit, lebih
mendukacitakan, mereka juga dikira terjebak dengan dosa riba yang maha
besar setiap kali penggunaannya.
Sudahlah rugi dari perspektif kewangan, rugi juga dari sudut spiritual.
Kerana itu, saya tidak sama sekali menggunakan kad kredit. Sehingga hari ini, saya
tidak memilik satu pun kad kredit walaupun ia kad kredit yang diolah
secara Islam. Cukuplah memadai dengan kad caj Islam dan kad debit Islam
saya gunakan bagi segala macam urusan.
CAJ LAIN
Selain
dari caj-caj utama yang disebutkan di atas, caj lain juga adakalanya
perlu disemak sebaiknya. antara caj yang dikenakan oleh pengeluar kad
kredit adalah :-
- Caj kelewatan pembayaran iaitu 1 % dari jumlah tertunggak atau maksimum RM 100.
- Yuran tahunan, namun sebahagian pengeluar kad menyerap kos ini bagi menjadikan kad mereka lebih menarik.
- Caj bagi pembelian antarabangsa samada jika pengguna membeli di luar Negara atau membeli barangan luar Negara melalui internet. HSBC dan Maybank mengenakan caj sebanyak 1.25 % dari nilai harga belian luar negara terbabit.
- Caj 5 % apabila membuat belian terlebih dari had kredit yang dibenarkan. Di Amerika Syarikat, difahamkan ada pihak pengeluar sengaja merendahkan jumlah had kredit tanpa memaklumkan kepada pelanggan dengan niat sengaja memerangkap pelanggan dengan caj ini. Di Malaysia saya tidak pasti, namun ada baiknya pembaca menyemak sendiri dengan pengeluar kad masing-masing. Ia dipanggil overlimit fees. HSBC mengenakan kos caj sebanyak RM 25 sebulan.
- Sebahagian pengeluar mengenakan cash advances fees. HSBC mengenakan caj sebanyak 5 % dari jumlah tunai yang dikeluarkan atau RM 5 minimum.
- Selain cash advance fee, cash advances itu sendiri dikenakan caj yang tersendiri iaitu 18 % dari jumlah yang dikeluarkan, itu adalah caj yang dikenakan oleh HSBC sebagai contoh.
0 comments:
Post a Comment