CARA GUNA KAD SEBELUM PARAH
Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Baik
Setelah menyelesaikan semua hutang kad kredit barulah anda boleh
mempertimbangkan cara penggunaan kad-kad tersebut dengan betul. Kad
kredit ini sebenarnya adalah alat pengurusan wang yang sungguh berkesan,
jika digunakan dengan waras. Kita harus pandang kepada
konsumer-konsumer yang berjaya menguruskan kewangan mereka dengan kad
ini.
Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit adalah
tanggungjawab anda untuk membayar jumlah baki dalam penyata anda setiap
bulan. Bayangkan kredit kad itu sebagai wang tunai yang disimpan setiap
bulan bagi barang-barang yang dicaj. Dengan perumpamaan ini, anda tidak
akan dikenakan kos; kad kredit anda pula akan menjadi kemudahan kewangan
yang amat berguna bagi anda. Kad kita menjadi seolah-olah pekerja kita
dan kita pula bukan lagi dihambakannya.
Kad kredit juga adalah satu-satunya sekuriti atau perlindungan
tambahan dan kemudahan sewaktu membeli-belah dan berjalan, dengan syarat
kita tidak menyalahgunakannya. Sebagai contoh, anda mempraktikkan
bayaran hanya 5% atau RM50 minima setiap bulan, yang mana lebih tinggi.
Bagi baki RM10,000 yang mengenakan caj kewangan sebanyak 18% setahun,
anda akan mengambil masa 7 tahun dan 3 bulan untuk menyelesaikan seluruh
baki hutang anda. Dan ini juga dengan anggapan bahawa anda tidak lagi
menambahkan caj (ingat, kad anda dalam pembeku peti ais!). Bayangkan
betapa lajunya hutang anda akan meningkatkan jika apa yang dipraktikkan
ini melibati banyak kad kredit lain pada masa yang sama.
Petua-petua tambahan yang boleh membantu:
- Ingat, kad kredit bukan wang percuma
- Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau sembilan
- Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkan berberlanja melibihi pendapatan anda
- Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali)
- Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar amaun lebih daripada amaun minima bulanan anda
- Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau bekukannnya di dalam peti ais!
Dan peringatan terakhir – gunakanlah kad kredit sebagai alat
pembayaran dan bukan untuk kredit percuma. Jika anda tidak dapat
menggunakannya dengan waras atau bertanggungjawab, mungkin lebih baik
bagi anda untuk hentikan penggunnaannya sama sekali.
0 comments:
Post a Comment