Friday, December 25, 2009

Masalah Hutang Boleh Selesai..Percayalah!

"Hutang saya sudah limit,"

"Saya pun dah pening, betulkah saya kena bayar interest 1.5% sebulan. Tak kan sampai RM150 sebulan interest saya?"

"Kalau macam tu, sampai bila hutang saya akan habis?"

"Kena apply kad baharukah?"

"Boleh percaya ke dengan plan ini?"

"Saya kena buat loan baharulah ni, semua kad saya sudah penuh,"

Di atas adalah contoh-contoh pelanggan yang saya temui dan masing-masing ada masalah tersendiri.

Walau bagaimanapun, ia masih boleh dibantu kecuali hutang terlalu kronik sehingga kad mereka sudah tidak aktif untuk digunakan.

Cuma saya hairan apabila ada dikalangan pengguna yang tidak mengetahui bagaimana kiraan 'interest' dikenakan pada setiap bulan pada baki yang masih belum dijelaskan kepada pihak bank. Di sinilah pihak bank mengutip keuntungan berlipat ganda.

Ada yang bertanya kenapa perlu 'apply' kad baharu. Nak tambah hutangkah?

Jawapan: Bukan tambah hutang. Kad baharu tadi akan membantu kad lama dibayar secara EPP. Dan kad lama boleh digunakan semula jika mahu.Kalau tidak, kita tidak mampu membayar fee bank rate yang tinggi kerana hutang kita sudah menghampiri had limit kad kredit. Contoh : Hutang = RM10,000 & Had Limit=RM10,000.

Had Limit RM10,000 - 21% (bank rate) = RM7,900.00
RM7,900 - RM10,000 (Hutang) = RM2,100.00 ( perlu top up ke dalam akaun kad).

Jadi jika kita apply kad baharu, caj RM2,100.00 itu tidak perlu kita keluarkan. Tetapi jika mampu, kita tidak perlu apply kad baharu.

Oleh itu, tanya diri, kenapa kita masih sayang dengan hutang RM2000 atau RM10000 atau berapa nilai hutang anda sekalipun sehingga perlu membayar 'interest' yang tinggi dan belum pasti bila ia akan berakhir. Pernah jumpa sampai lima tahun hutang kad kredit masih tidak langsai.Mungkin ada kes melebihi 10 tahun.

Jadi, bertukarlah kepada Easy Payment Plan (EPP) ESave Marketing. Kita akan tahu bila hutang kita akan selesai. Kita juga membayar dengan nilai yang lebih rendah. Kita juga tidak lagi menerima panggilan-panggilan menyakitkan hati kerana kegagalan kita membayar bayaran minima.

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP