BELANJA DENGAN BERHEMAH
SALAH SATU PENYEBAB UTAMA pemegang kad kredit dipaksa menanggung jumlah hutang dan 'interest' yang melambung ialah SIKAP.
Percaya atau tidak setiap
pemegang kad kredit akan merasa sentiasa 'ada duit' walaupun ke pusat
membeli belah tanpa membawa duit tunai atau pun memang tidak berduit.
Pantang melihat iklan jualan murah atau jualan penghabisan stok, hati mula meronta.
"Aku kena beli barang ni. Nak tunggu minggu depan, harga sudah naik."
Maka, berhemahlah semasa
berbelanja agar kita tidak perlu menanggung hutang yang tidak mampu
dibayar. Walaupun perkiraan kita memberi sepasang kasut berharga RM150
secara hutang kad kredit, kita harus berhati-hati kerana harga kasut itu
boleh meningkat pada harga RM200-RM300 jika bil pada setiap bulan gagal
dijelaskan mengikut kadar diminta oleh pihak bank.
Hati-hati dengan kad kredit anda.
0 comments:
Post a Comment