Hilang Kad Kredit?
DUA HARI LEPAS di depan mata saya melihat seorang lelaki membeli beberapa barangan di sebuah pasaraya berdekatan rumah saya.
Entah mengapa saya jadi tertarik memandang lelaki ini linkungan 20an. Melihat pada wajahnya seperti bukan orang tempatan. Mungkinlah.
Apa yang membuat saya tertarik juga melihat dia membeli minuman keras. Setelah siap juruwang selesai 'scan' harga. Dia menghulur sekeping kad kredit.
"Tak boleh guna encik," kata juruwang itu.
"Oh! Ya ka? Saya ambil duit kat luar," balas lelaki itu dan berlalu pergi.
Kami berbaris panjang menunggu lelaki itu selesai ambil duit di mesin ATM. Agak lama, saya memberitahu pembantu juruwang agar melihat dia di mesin ATM. Rupa-rupanya lelaki itu sudah cabut. Hilang entah ke mana. Barang-barang dibeli terpaksa dibatalkan semula.
"Dia guna kad orang lain. Mungkin terjumpa," kata pembantu juruwang pula.
"Mungkin juga," saya mengiyakan.
Apa yang pasti lelaki itu menggunakan kad kredit orang lain. Mungkin dia terjumpa atau pun dia seorang pencuri. Moga lelaki itu insaf dan menjadi hamba-Nya yang bertaqwa. Jika bukan muslim, doakan dia diberi hidayah.
Pengajaran
Apabila kehilangan kad kredit, cepat-cepat menelefon pihak bank. Maklumkan agar kad itu dibatalkan dengan segera kerana hilang. Jangan risau kad baharu akan diganti segera. Pihak bank pun mahu untung.
Untung?
Ya lah, sekurang-kurangnya bila dapat kad baharu, bolehlah tambah hutang lagi. 'Interest' terus berjalan pada setiap hari. Komang-komang 1.46% pun kira rezeki mereka.
Simpan elok-elok kad kredit tuan-tuan. Kalau leka, nanti ada orang ambil peluang. Kita juga yang rugi.
0 comments:
Post a Comment