Saturday, June 19, 2010

Bila Jadi Kudis

Saya banyak menerima SMS seminggu yang lepas.

"Hutang saya RM12,000 dan had limit kad saya RM10,000."

"Hutang saya dekat-dekat RM7,000 dan had limit kad saya RM7,000 juga."

"Kad saya sudah kena 'block', adakah saya masih boleh bertukar ke plan EPP."

Dan banyak lagi ayat-ayat yang tidak sempat saya masukkan di sini. Masalah-masalah di atas bukan perkara pelik bin ajaib. Penggunaan yang berlebihan dan pembayaran yang tidak konsisten memungkinkan perkara-perkara di atas berlaku.

Katakan hutang RM10,000 dan bayaran minima pula ialah RM500. Pemegang kad ini hanya mampu bayar RM500 dan kadang kala 'terbayar kurang' disebabkan mempunyai komitmen lain. Jika bayaran minima dijelaskan, pemegang kad masih lagi dikenakan caj faedah sebanyak RM142.50 pada bulan tersebut. Maka setiap kali pembayaran, caj faedah juga ikut serta sehingga akaun pemegang kad itu dijelaskan semua hutangnya.

Apa pula akan berlaku jika tidak membuat sebarang pembayaran dan pembayaran lewat. Caj akan dikenakan lagi dan hutang makin menimbun.

Oleh sebab itu, sebelum perkara-perkara yang boleh beri impak lain yang lebih buruk, jangan tunggu lama-lama untuk bertukar ke Easy Payment Plan (EPP). Bak kata tagline sebuah syarikat, ia bukan ubat tapi mujarab. Mungkin EPP bukanlah penyelesai muktamad kepada hutang-hutang tuan/puan tapi ia boleh membantu meringankan bebanan kewangan semasa tuan/puan.

Jangan tunggu tuan/puan perlu 'top up' semasa bertukar ke Plan EPP. Lakukan sekarang jika dirasakan kemampuan agak terbatas.

Insya-Allah plan EPP ini mengurangkan bayaran bulanan, tiada lagi panggilan daripada pihak bank, bayaran minima serendah RM50 dan paling penting ia bakal menenangkan jiwa dan fikiran tuan/puan.

Wallahualam buat setakat ini dahulu.


Read more...

Wednesday, June 16, 2010

Jangan Tunggu Jadi Kudis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat anda yang sudi mengunjungi blog ini secara tidak sengaja atau disengajakan kerana ingin tahu atau dapatkan maklumat tentang penstrukturan semula hutang kad kredit tuan/puan, rakan-rakan, ahli keluarga atau saudara mara.

Alhamdulillah, setakat ini sudah ramai berjaya menstrukturkan semula hutang kad kredit masing-masing dengan plan EPP yang ditawarkan oleh pihak kami.

Di atas sebab-sebab tertentu, nama dan maklumat mereka adalah dirahsiakan tetapi perasaan saya cukup gembira apabila mereka menghantarkan SMS mengatakan masalah mereka sudah selesai dan bagaikan mula hidup baru apabila sebelum ini pening memikirkan masalah yang mereka hadapi.

Masalah hutang mereka belum selesai tetapi memasuk fasa baru apabila bebas daripada pembayaran faedah setiap bulan kepada pihak bank. Jika sebelum ini hutang keseluruhan RM10,000 dan dikenakan caj faedah 1.5% sebulan. Kini bayar hutang tanpa dikenakan caj faedah lagi. Dengan bayaran minima RM50.00, plan EPP ini banyak mengurangkan bebanan pemegang kad yang hadapi masalah kewangan.

Mungkin pada peringkat awal, pelanggan-pelanggan saya sebelum ini ragu-ragu atau was-was bagaimana esave akan dapat 'income' daripada plan ini. Ia mudah sahaja, pihak kami akan menerima 'upah' hasil daripada jumlah 'bank rates' yang ditetapkan mengikut bank dan tempoh masa tertentu. Pihak kami juga tidak menerima wang tunai daripada pelanggan kecuali di atas kebenaran pihak pelanggan untuk membayar 'top up' untuk menyelesaikan hutang tinggi dan hampir kepada jumlah had limit kad. Sebaik-baiknya pihak pelanggan bayar sendiri di bank jika terpaksa 'top up' atau buat pembayaran di bank.

Soalan cepumas lagi ialah adakah syarikat ini berdaftar?

No Pendaftaran syarikat ini ialah PG0210006-H dan berpusat di Pulau Pinang. Saya pula bertugas di cawangan Wangsa Maju Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun di mana sahaja tuan/puan berada, Insya-Allah perkhidmatan kami meliputi di seluruh pelusuk tanah air.

Wassalam.

Read more...

Monday, March 15, 2010

Ceriakan Diri Daripada Belenggu Hutang

"Hutang rumah, hutang kereta, hutang bil, hutang pinjaman peribadi dan hutang kad kredit pula, aghhh...pening, pening, pening. Macam mana nak bayar semua ini."

Situasi yang sering kali dialami oleh beberapa pelanggan kami.

Jadi, bagaimana saya dapat bantu anda?

Ringankan sebahagian beban dialami untuk menyelesaikan Hutang Kad Kredit dengan Plan Pembayaran Mudah Tanpa Faedah.

Ada juga yang mengalami hutang kronik sehingga 5-6 kad. Biasanya saya nasihatkan agar diselesaikan 1-2 kad sahaja dahulu. Sekurang-kurangnya masalah ditanggung berkurangan.

Jika anda alami situasi tidak dapat bayar hutang walaupun dengan kadar minima, maka anda dalam situasi bahaya.Begitu juga jika jumlah hutang kad kredit sudah hampiri limit atau sudah 'over limit'.

Jadi, mahu tunggu hingga bila? Atau tunggu surat mahkamah?

Lakukan tindakan segera. Tukarkan ke EPP (Easy Payment Plan ) E-Save Marketing dan anda tidak akan lagi dihubungi pihak bank dan dihujani panggilan telefon yang menyakitkan hati. Anda juga dapat elakkan diri dikenakan disenarai hitam.

Bagaimana kami selesaikan masalah anda?

Contoh : Hutang anda RM6,000, jumlah had kad kredit anda RM8,000.
RM7950 - 21% (bank rate berdasarkan bank) = RM6,280
RM6,280 - RM6,000 (hutang) = RM280 ( dapat cash )

Bayaran minima = RM7950 / 36 bulan = RM220.83 sebulan.
(Tiga Tahun Hutang Gerenti Habis )

Jika tidak mampu bayar RM220.83 (contoh untuk 1-2 bulan tertentu), anda boleh bayar minima RM50.00 (kadar faedah minima dikenakan)

RM220.83 - RM50 (bayar minima) = RM170.83 x 1.5% = RM2.56 sahaja faedah dikenakan. Bukan dikira RM7950 - RM50 = 7900 x 1.5% = RM119.25 Faedah Biasa dikenakan kepada anda.

Anda telah jimat RM119.25 (faedah biasa) - RM2.56(faedah EPP) = RM116.69

Wassalam...

Read more...

Friday, December 25, 2009

Masalah Hutang Boleh Selesai..Percayalah!

"Hutang saya sudah limit,"

"Saya pun dah pening, betulkah saya kena bayar interest 1.5% sebulan. Tak kan sampai RM150 sebulan interest saya?"

"Kalau macam tu, sampai bila hutang saya akan habis?"

"Kena apply kad baharukah?"

"Boleh percaya ke dengan plan ini?"

"Saya kena buat loan baharulah ni, semua kad saya sudah penuh,"

Di atas adalah contoh-contoh pelanggan yang saya temui dan masing-masing ada masalah tersendiri.

Walau bagaimanapun, ia masih boleh dibantu kecuali hutang terlalu kronik sehingga kad mereka sudah tidak aktif untuk digunakan.

Cuma saya hairan apabila ada dikalangan pengguna yang tidak mengetahui bagaimana kiraan 'interest' dikenakan pada setiap bulan pada baki yang masih belum dijelaskan kepada pihak bank. Di sinilah pihak bank mengutip keuntungan berlipat ganda.

Ada yang bertanya kenapa perlu 'apply' kad baharu. Nak tambah hutangkah?

Jawapan: Bukan tambah hutang. Kad baharu tadi akan membantu kad lama dibayar secara EPP. Dan kad lama boleh digunakan semula jika mahu.Kalau tidak, kita tidak mampu membayar fee bank rate yang tinggi kerana hutang kita sudah menghampiri had limit kad kredit. Contoh : Hutang = RM10,000 & Had Limit=RM10,000.

Had Limit RM10,000 - 21% (bank rate) = RM7,900.00
RM7,900 - RM10,000 (Hutang) = RM2,100.00 ( perlu top up ke dalam akaun kad).

Jadi jika kita apply kad baharu, caj RM2,100.00 itu tidak perlu kita keluarkan. Tetapi jika mampu, kita tidak perlu apply kad baharu.

Oleh itu, tanya diri, kenapa kita masih sayang dengan hutang RM2000 atau RM10000 atau berapa nilai hutang anda sekalipun sehingga perlu membayar 'interest' yang tinggi dan belum pasti bila ia akan berakhir. Pernah jumpa sampai lima tahun hutang kad kredit masih tidak langsai.Mungkin ada kes melebihi 10 tahun.

Jadi, bertukarlah kepada Easy Payment Plan (EPP) ESave Marketing. Kita akan tahu bila hutang kita akan selesai. Kita juga membayar dengan nilai yang lebih rendah. Kita juga tidak lagi menerima panggilan-panggilan menyakitkan hati kerana kegagalan kita membayar bayaran minima.

Read more...

Saturday, September 5, 2009

HUTANG? ADA SOLUSI UNTUK ANDA


RISAU DENGAN HUTANG MAKIN BERTIMBUN

TIADA IDEA UNTUK LANGSAIKAN HUTANG
ATAU
TIADA IDEA UNTUK KURANGKAN JUMLAH HUTANG KAD KREDIT SETIAP BULAN
ATAU
TIDAK MAMPU UNTUK JELASKAN BAYARAN MINIMA TINGGI KAD KREDIT
ATAU
INGINKAN BAYARAN MINIMA ATAU HANYA RM50 SAHAJA
ATAU
ANDA TIADA HUTANG KAD KREDIT TAPI MAHU MENGELUARKAN CASH ADVANCE TANPA INTEREST UNTUK TUJUAN PERNIAGAAN ATAU PERIBADI

NAMPAKNYA ANDA PERLU HUBUNGI SAYA
INGIN KETAHUI RAHSIA PENYELESAIAN MASALAH HUTANG KAD KREDIT ANDA

JANGAN RISAU, SETIAP URUSAN PEMBAYARAN MASIH LAGI DENGAN BANK PENGELUAR


Read more...

Beban Kad Kredit


Oleh Lokman Ismail (Berita Harian 19/1/2007)

CARA hidup moden mementingkan keberkesanan dan nilai kepuasan setiap barang dan perkhidmatan digunakan. Kad kredit di antara perkhidmatan memberi kemudahan dan kepuasan kepada pemiliknya. Justeru, banyak orang yang berminat memiliki kad kredit untuk kemudahan dalam urusan berkaitan kewangan.

Menurut sumber Bank Negara Malaysia (BNM), sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai 3.17 kad kredit.

Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya, 40 peratus pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 bilion (statistik Oktober 2006).

Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diistihyarkan muflis. Kira-kira 30 peratus kes muflis membabitkan pemegang kad kredit. Kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun.

Dengan kata lain, di sebalik kemegahan memiliki kad kredit, pemiliknya perlu bijak menggunakannya untuk mengelak diri terjebak masalah hutang tidak mampu dijelaskan. Fenomena penggunaan kad kredit yang melanda sekarang mencetuskan budaya hutang tanpa kawalan.

Justeru, setiap orang yang ingin memiliki kad kredit perlu memikirkan kesan penggunaannya. Fikirkan apakah benar-benar memerlukan kad kredit? Jika memiliki kad kredit, mampukah mengawal tabiat berbelanja?

Kad kredit dalam bahasa mudah dipanggil kad hutang. Pemiliknya boleh membuat pembelian dan pembayaran tanpa menggunakan wang atau berhutang. Ia memberi peluang pemilik kad kredit berbelanja lebih walaupun tunai dimiliki sedikit pada ketika itu.

Golongan kaya menggunakan kad kredit bukan bertujuan mengambil hutang. Kad kredit digunakan untuk kemudahan pembayaran sesuai dengan konsep awal kewujudannya diasaskan oleh Frank MacNamara pada 1950. Pada ketika itu hanya golongan jutawan dan ternama mampu miliki.

Sebaliknya pemilik kad kredit dari golongan berpendapatan menengah menggunakan kad kredit sebagai sumber hutang mudah atau dipanggil ceti moden. Pengguna hanya perlu membuat permohonan atau hakikat sebenarnya adalah ditawarkan, dan boleh berbelanja sesuka hati selagi tidak melepasi had ditetapkan.

Sememangnya Islam tidak menghalang umatnya berhutang. Malah, hutang diharuskan untuk membiayai perkara penting ketika kesempitan wang. Islam mengharuskan hutang kerana dapat membantu golongan miskin menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan wang.

Pemilik kad kredit sebenarnya bukan golongan miskin yang perlu berhutang. Kad kredit dikeluarkan kepada mereka berpendapatan agak tinggi sebagai jaminan pemiliknya dapat membayar balik perbelanjaan dibuat melalui kad kredit.

Oleh itu, ada pemilik kad kredit rasa bangga memiliki kad kredit yang meletakkan dirinya golongan kaya. Sikap ini bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Mereka sepatutnya malu terpaksa berhutang menggunakan kad kredit.

Antara sikap buruk pemegang kad kredit ialah mengambil mudah soal hutang. Banyak pemilik kad kredit berbelanja lebih daripada kemampuan membayar balik. Sikap demikian memperlihatkan keangkuhan dan berlebih-lebihan dengan kemudahan diberikan.

Disebabkan ingin menunjuk-nunjuk, banyak pemilik kad kredit berbelanja sehingga had maksimum dibenarkan tanpa memikirkan keupayaan membayar. Belanja dahulu, soal membayarnya difikirkan kemudian.

Jadi, segala keinginan berbelanja dipenuhi dengan menggunakan kad kredit. Institusi kewangan pengeluar kad kredit pula sentiasa menggalakkan penggunaan kad kredit dengan memberi pelbagai ganjaran atau peraduan menyediakan hadiah lumayan.

Sebenarnya banyak pemilik kad kredit berbelanja kepada perkara yang tidak penting atau sesuatu yang boleh ditangguhkan perbelanjaannya. Keghairahan berhutang dijadikan satu kemegahan. Inilah sikap buruk pemilik kad kredit yang menjerat diri sendiri terjerumus ke dalam kancah kehidupan mencemari nilai moral. Sikap angkuh dan berlebih-lebihan amat bertentangan dengan ajaran agama kerana mendatangkan banyak keburukan kepada diri sendiri. Sesiapa di dalam dirinya lahir sikap angkuh dikatakan termasuk golongan munafik.

Sebenarnya penggunaan kad kredit bukan disediakan secara percuma. Setiap urus niaga dikenakan caj perkhidmatan mengikut syarat. Hanya sebahagian syarikat menerima pembayaran melalui kad kredit tanpa dikenakan caj. Dengan kata lain, berbelanja secara tunai sebenarnya lebih menguntungkan.

Jumlah yang gagal dijelaskan dalam tempoh ditetapkan kepada institusi kewangan pengeluar kad kredit akan dikenakan faedah. Kadar faedah dikenakan agak tinggi mengikut kadar harian. Sebab itu banyak pemilik kad kredit sukar menjelaskan hutang kad kredit yang semakin bertambah dari bulan ke bulan.

Ketika itu, banyak pemegang kad kredit menghadapi tekanan dan semakin sukar untuk menjelaskan hutang. Biarpun tidak lagi mengambil hutang baru jumlahnya semakin bertambah setiap bulan disebabkan faedah dikenakan.

Sekarang ada kaedah ‘gali lubang timbus lubang’ dalam menyelesaikan masalah hutang kad kredit. Syarikat kewangan menawarkan kad kredit baru atau tawaran memindahkan jumlah hutang daripada kad kredit syarikat lain. Proses pemindahan itu ditawarkan berserta kadar faedah lebih rendah dan hadiah tertentu.

Tindakan itu bukan menyelesaikan masalah. Untungnya sementara saja. Sekiranya sikap tidak diperbetulkan, masalah akan terus menekan diri. Pemilik kad kredit berdepan dengan suasana hidup semakin celaru dan krisis moral memerangkap diri.

Sekiranya hutang tidak dapat dijelaskan seperti ditetapkan, pemegang kad kredit akan diseret ke mahkamah. Jika tidak mampu dijelaskan, maka pemegang kad kredit akan diserahkan kepada Jabatan Pemegang Harta yang akan menguruskan soal kebankrapan.

Sesiapa yang dikenakan status muflis dipandang hina dalam masyarakat dan hilang kelayakan dalam hal-hal tertentu.

Namun tindakan tegas itu tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada kebanyakan individu yang masih galak menggunakan kad kredit tanpa memikirkan keupayaan membayar.

Tertekan dengan kegagalan melunaskan hutang kad kredit mendedahkan seseorang melakukan perbuatan menyalahi agama dan undang-undang. Ia termasuk menerima rasuah, menipu, pecah amanah dan melakukan urus niaga haram.

Setiap hutang perlu diniatkan untuk membayarnya. Cara memastikan keupayaan membayar hutang ialah mengambil hutang mengikut keperluan saja dan diniatkan untuk membayarnya.

Read more...

Struktur Semula Hutang Anda


STRUKTURKAN SEMULA HUTANG KAD KREDIT ANDA DENGAN PELAN BAYARAN ANSURAN MUDAH

TANPA MEMBEBANKAN KOCEK ANDA LAGI SETIAP BULAN
BAYAR TERUS KEPADA BANK PENGELUAR ANDA


Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP