Saturday, June 19, 2010

Bila Jadi Kudis

Saya banyak menerima SMS seminggu yang lepas.

"Hutang saya RM12,000 dan had limit kad saya RM10,000."

"Hutang saya dekat-dekat RM7,000 dan had limit kad saya RM7,000 juga."

"Kad saya sudah kena 'block', adakah saya masih boleh bertukar ke plan EPP."

Dan banyak lagi ayat-ayat yang tidak sempat saya masukkan di sini. Masalah-masalah di atas bukan perkara pelik bin ajaib. Penggunaan yang berlebihan dan pembayaran yang tidak konsisten memungkinkan perkara-perkara di atas berlaku.

Katakan hutang RM10,000 dan bayaran minima pula ialah RM500. Pemegang kad ini hanya mampu bayar RM500 dan kadang kala 'terbayar kurang' disebabkan mempunyai komitmen lain. Jika bayaran minima dijelaskan, pemegang kad masih lagi dikenakan caj faedah sebanyak RM142.50 pada bulan tersebut. Maka setiap kali pembayaran, caj faedah juga ikut serta sehingga akaun pemegang kad itu dijelaskan semua hutangnya.

Apa pula akan berlaku jika tidak membuat sebarang pembayaran dan pembayaran lewat. Caj akan dikenakan lagi dan hutang makin menimbun.

Oleh sebab itu, sebelum perkara-perkara yang boleh beri impak lain yang lebih buruk, jangan tunggu lama-lama untuk bertukar ke Easy Payment Plan (EPP). Bak kata tagline sebuah syarikat, ia bukan ubat tapi mujarab. Mungkin EPP bukanlah penyelesai muktamad kepada hutang-hutang tuan/puan tapi ia boleh membantu meringankan bebanan kewangan semasa tuan/puan.

Jangan tunggu tuan/puan perlu 'top up' semasa bertukar ke Plan EPP. Lakukan sekarang jika dirasakan kemampuan agak terbatas.

Insya-Allah plan EPP ini mengurangkan bayaran bulanan, tiada lagi panggilan daripada pihak bank, bayaran minima serendah RM50 dan paling penting ia bakal menenangkan jiwa dan fikiran tuan/puan.

Wallahualam buat setakat ini dahulu.


0 comments:


  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP