Wednesday, June 16, 2010

Jangan Tunggu Jadi Kudis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat anda yang sudi mengunjungi blog ini secara tidak sengaja atau disengajakan kerana ingin tahu atau dapatkan maklumat tentang penstrukturan semula hutang kad kredit tuan/puan, rakan-rakan, ahli keluarga atau saudara mara.

Alhamdulillah, setakat ini sudah ramai berjaya menstrukturkan semula hutang kad kredit masing-masing dengan plan EPP yang ditawarkan oleh pihak kami.

Di atas sebab-sebab tertentu, nama dan maklumat mereka adalah dirahsiakan tetapi perasaan saya cukup gembira apabila mereka menghantarkan SMS mengatakan masalah mereka sudah selesai dan bagaikan mula hidup baru apabila sebelum ini pening memikirkan masalah yang mereka hadapi.

Masalah hutang mereka belum selesai tetapi memasuk fasa baru apabila bebas daripada pembayaran faedah setiap bulan kepada pihak bank. Jika sebelum ini hutang keseluruhan RM10,000 dan dikenakan caj faedah 1.5% sebulan. Kini bayar hutang tanpa dikenakan caj faedah lagi. Dengan bayaran minima RM50.00, plan EPP ini banyak mengurangkan bebanan pemegang kad yang hadapi masalah kewangan.

Mungkin pada peringkat awal, pelanggan-pelanggan saya sebelum ini ragu-ragu atau was-was bagaimana esave akan dapat 'income' daripada plan ini. Ia mudah sahaja, pihak kami akan menerima 'upah' hasil daripada jumlah 'bank rates' yang ditetapkan mengikut bank dan tempoh masa tertentu. Pihak kami juga tidak menerima wang tunai daripada pelanggan kecuali di atas kebenaran pihak pelanggan untuk membayar 'top up' untuk menyelesaikan hutang tinggi dan hampir kepada jumlah had limit kad. Sebaik-baiknya pihak pelanggan bayar sendiri di bank jika terpaksa 'top up' atau buat pembayaran di bank.

Soalan cepumas lagi ialah adakah syarikat ini berdaftar?

No Pendaftaran syarikat ini ialah PG0210006-H dan berpusat di Pulau Pinang. Saya pula bertugas di cawangan Wangsa Maju Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun di mana sahaja tuan/puan berada, Insya-Allah perkhidmatan kami meliputi di seluruh pelusuk tanah air.

Wassalam.

0 comments:


  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP