Saturday, July 16, 2011

AMBIL DUIT TUNAI

MUSIM BERBELANJA SAKAN kembali semula pada tahun ini. Maksud saya pada bulan Ogos nanti umat Islam akan menyambut kedatangan RAMADHAN. Berpuasa sebulan. Kebiasaan berlaku dalam masyarakat kita ialah persiapan hari raya sudah bermula sejak awal Ramadhan. Masing-masing sibuk untuk hiaskan rumah, beli atau tempah pakaian, kuih muih dan sebagainya.

AMBIL CASH MELALUI KAD KREDIT

Salah satu dilema masyarakat hari ini ialah perbelanjaan melebihi kemampuan. Dan ada yang terpaksa mengeluarkan duit 'cash' menggunakan kad kredit. Memang ia agak 'merbahaya' apabila dikenakan caj yang tinggi. Jadi apa solusinya.

Tuan/puan boleh tunaikan duit menggunakan kad kredit tanpa dikenakan caj tinggi sebagaimana bank mengenakan caj tersebut melalui kad kredit mereka. Caranya ialah :

DATANG ATAU HANTARKAN KAD KREDIT TUAN/PUAN YANG MASIH ADA BAKI KE PEJABAT KAMI.

Bagaimana ?

Contoh kad kredit tuan/puan masih berbaki RM4000 dan tiada hutang lain. Maka kami akan 'swipe' kad tersebut dengan jumlah diminta berserta 'bank rate' yang dikenakan berdasarkan bank-bank kad kredit tuan/puan.

Tuan/puan akan dapat tunai dan bayar secara ansuran selama satu atau dua atau tiga tahun (bergantung pada bank tertentu).

Contoh kiraan:

Kad Kredit Maybank

RM3900 - 22% (bank rate tempoh 2 tahun ) = RM3042.
RM3042 - RM0 ( hutang tiada ) = RM3042 ( dapat tunai )

RM3900 dibayar selama 24 bulan = RM162.50 atau bayaran minima RM50 sahaja.

Walau bagaimanapun kalau bayar RM50, tuan/puan kena caj 1.5% daripada bayaran bulanan dan bukan daripada jumlah hutang keseluruhan seperti bank caj.

RM162.50 - RM50(tuan/puan bayar) = RM112.50 x 1.5% = RM1.69 sahaja caj interest dikenakan oleh bank dengan kaedah EPP Esave ini.

Read more...

Monday, January 3, 2011

Boleh buat EPP dengan Kad Kredit AEON


SELAMAT TAHUN BARU 2011

BERITA BAIK !!

Permulaan yang menggembirakan pada tahun baru apabila ESAVE mengumumkan bahawa pengguna Kad Kredit AEON boleh buat EPP. Tempoh bayaran pula ialah selama 12 bulan dan 18 bulan. Oleh itu, jika saudara/i pengguna kad kredit AEON, jangan berlengah lagi jika ingin tukarkan pembayaran kepada EPP.

Satu lagi BERITA BAIK ialah pengguna Kad Kredit CIMB juga boleh membuat bayaran EPP 20 bulan dan 30 bulan sehingga bulan Jun 2011. Pada awalnya EPP hanya boleh dilakukan sehingga 31 Disember 2010 sahaja.

Terima kasih sekali lagi kepada para pelanggan kerana memberi kepercayaan kepada saya dan pihak Esave Marketing untuk menyelesaikan kemelut pembayaran kad kredit tuan/puan. Pada mulanya ia agak sukar untuk percaya bahawa kaedah EPP ini menjadi salah satu alternatif untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung. Selepas beberapa tahun kebelakangan ini pihak kami semakin mendapat perhatian dan diberi kepercayaan sepenuhnya oleh para pelanggan kami.

Terima kasih sekali lagi.

Sehingga ketemu lagi di entri akan datang. Selamat Tahun Baru 2011.

Read more...

Sunday, December 19, 2010

Jangan Keliru Lagi...

"Masalah makin teruk."

"Kenapa?"

"Susah kalau macam ni."

"Masalah duit?"

"Apa lagi kalau bukan duit. Hari itu guna kad kredit nak masuk satu bisnes. Sekarang bisnes tak jalan, hutang kad kena bayar. Banyak pulak tu."

Senario biasa di kalangan kita tidak kira di bandar atau di desa, penggunaan kad kredit sudah menjadi suatu kemestian. Saya juga pengguna kad kredit seperti mana tuan-tuan.

"Adakah satu kesalahan guna kad kredit?"

"Maksud kau?"

"Ya lah, isi minyak kad, beli benda ni guna kad."

"Ia tidak salah kalau dibayar secara konsisten dan ikut tempoh."

"Itulah masalahnya."

"Kalau macam itu, memang bermasalah bila hujung bulan bila bil datang."

"Ada cara nak bayar tak."

"Kalau rasa tidak mahu kena caj faedah, memang ada cara."

"Bagaimana?"

"Cuba call pihak ESave Marketing. Mereka ada cara terbaik buat kita."

"Maksudnya?"

"Mereka akan uruskan penukaran cara bayaran biasa kepada EPP."

"EPP?"

"Easy Payment Plan. Maksudnya kita bayar bil bulanan kad kredit dengan bayaran tetap dalam tempoh tertentu. Paling lambat tiga tahun."

"Wah! Bagus juga, macam mana mahu 'apply'?

"Call 012-2441185. Agen Berdaftar ESAVE ini akan berikan 'proposal' kepada kita sebaik sahaja kita hantar email kepadanya tentang maklumat hutang akaun kad kita."

"Kalau aku tak setuju?"

"Abaikan sahaja, kerana servis pengiraan ini adalah PERCUMA sahaja."

"Boleh percayakah?"

"Sila lawati blog dia atau jumpa agen berkenaan sendiri atau pergi ke mana-mana ofis ESAVE. Kalau kita di KL ni, paling dekat di Wangsa Maju."

"Kalau macam itu, yakinlah aku."

"Tidak perlu takut kerana bil bulanan kita nanti akan dihantar oleh bank yang sama tetapi bayaran berbeza kerana bil baru nanti akan tercatat bayaran bulanan minima RM50 sahaja."

"Ohh..macam itu."

"Tapi tidak digalakkan kerana kita patut bayar bil sepatutnya. Katakan kita kena bayar RM200, maka bayarlah RM200 selama tempoh kita setuju sebelum ini. Barulah hutang kita selesai ikut tempoh."

"Kalau bayar RM50 sahaja?"

"KIta masih boleh terima tidak sebagaimana bayaran biasa kerana kita dicaj berdasarkan bayaran bulanan dan bukannya ikut hutang keseluruhan."

"Maksudnya?"

"RM200 tolak RM50 maka baki tertunggak RM150 didarab dengan 1.5 peratus, maka itu sahajalah caj dikenakan. Bukannya ikut jumlah keseluruhan hutang."

"Faham aku."

"Sekarang juga DAIL 012-2441185, bercakap dengan Encik WAN."

Read more...

Thursday, December 2, 2010

449 Muflis Kad Kredit


BERDASARKAN statistik dikumpul pengeluar kad kredit bagi 2007 hingga 2009, tiada kes muflis dilaporkan bagi pemegang kad kredit berusia 25 tahun ke bawah, manakala bagi pemegang kad kredit berusia 26 hingga 30 tahun, kes muflis akibat hutang itu secara puratanya adalah dua orang setahun.

Timbalan Mentri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, lebih separuh daripada individu muflis akibat hutang kad kredit dalam tempoh tiga tahun lalu adalah individu berusia lebih 45 tahun, bermakna tanggapan bahawa golongan muda yang terbanyak menjadi muflis adalah tidak benar.


“Pada 2009, bilangan individu diisytiharkan muflis disebabkan hutang kad kredit adalah sebanyak 0.01 peratus atau 405 orang daripada 3.2 juta pemegang kad kredit utama dan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, bilangan individu muflis kekal pada kadar sama iaitu 449 orang daripada 3.2 juta orang.

“Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa memantau dan memastikan tahap penggunaan kad kredit berhemat dan terkawal dengan memperkenalkan Garis Panduan Kad Kredit yang memberikan perlindungan kepada pengguna serta pendidikan mengenai penggunaan kad kredit.


“Sebagai contoh, Garis Panduan Kad Kredit memerlukan pengeluar kad kredit membuat rujukan kepada Sistem Maklumat Pusat Rujukan Kredit (CCRIS), iaitu sistem yang dilengkapi maklumat kredit peminjam yang komprehensif untuk menilai kedudukan kewangan si pemohon,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.


SEBELUM IA TERJADI KEPADA DIRI KITA SENDIRI, LAKUKAN SESUATU. ALTERNATIFNYA IALAH BERSAMA ESAVE MARKETING.

Read more...

Wednesday, December 1, 2010

MAKLUMAN TERBARU

MAKLUMAN UNTUK SEMUA PELANGGAN DAN BAKAL PELANGGAN ESAVE MARKETING

1) BANK RATE UOB TERKINI 18% BAGI TEMPOH 18 BULAN

2) CIMB EPP HANYA BOLEH DIBUAT SEHINGGA 31/12/2010.

3) CIMB ISLAMIC HANYA BOLEH DIBUAT 12 BULAN SAHAJA.

4) EPP BANK ISLAM DIHENTIKAN BUAT SEMENTARA WAKTU.

Saya mewakili Esave Marketing mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang sudah berurusan dengan saya sepanjang tahun 2010 ini. Diharapkan masalah bayaran kad kredit anda juga dapat diselesaikan. Anda pun bolehlah senyum tanpa dikenakan INTEREST lagi.

Kepada bakal pelanggan, selamat datang ke ESave Marketing dan janji kami ialah dapat selesaikan masalah hutang kad kredit anda. Cuma pihak kami tidak dapat bantu jika kad kredit yang sudah disenarai hitam.

Persediaan sebelum SMS saya untuk bantu tuan/puan :

1) Nama Bank

2) Jumlah Had Kredit Kad

3) Jumlah Hutang Semasa

4) Baki Kad Kredit Semasa

5) Status Kad

6) Ada buat pembelian ansuaran mudah atau tidak.

Read more...

Wednesday, October 13, 2010

Peraturan Kad Kredit Lebih Ketat


KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengguna pakai peraturan yang lebih ketat untuk mengekang kemungkinan perbelanjaan besar oleh pemilik kad kredit serta aktiviti spekulatif dalam pasaran hartanah dalam Bajet 2011.

Menurut Kenanga Research, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka memberi tumpuan dalam menangani hutang isi rumah pada tahun depan bagi menggalakkan perbelanjaan kad kredit secara berhemah.

Menurutnya, langkah baru sewajarnya perlu ada untuk mengehadkan bilangan kad yang boleh dimiliki selain nilai kredit setiap kad yang lebih rendah.

"Bank pusat harus mengehadkan pengguna untuk memiliki hanya dua kad kredit daripada dua bank pilihan masing-masing dan membenarkan pengguna yang pendapatan tahunan melebihi RM24,000 memiliki kad kredit berbanding keperluan minimum sekarang sebanyak RM18,000.

"Bank pusat juga perlu mengurangkan had perbelanjaan sebanyak 1.5 kali gaji bulanan masing-masing (sekarang 2.5-3.0 kali), ditetapkan mengikut budi bicara bank itu bagi pemohon pertama kali," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Bajet 2011 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO!

Read more...

Tuesday, October 5, 2010

Berita Gembira Untuk Pemegang Kad MBF

BERITA GEMBIRA!
Untuk
Semua pemegang kad kredit MBF
Sekarang sudah boleh tukarkan hutang semasa kad kredit anda
ke Plan EPP E-Save Marketing
EPP 12 Bulan dan Bayar untuk tempoh 22 bulan.

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP