Sunday, December 19, 2010

Jangan Keliru Lagi...

"Masalah makin teruk."

"Kenapa?"

"Susah kalau macam ni."

"Masalah duit?"

"Apa lagi kalau bukan duit. Hari itu guna kad kredit nak masuk satu bisnes. Sekarang bisnes tak jalan, hutang kad kena bayar. Banyak pulak tu."

Senario biasa di kalangan kita tidak kira di bandar atau di desa, penggunaan kad kredit sudah menjadi suatu kemestian. Saya juga pengguna kad kredit seperti mana tuan-tuan.

"Adakah satu kesalahan guna kad kredit?"

"Maksud kau?"

"Ya lah, isi minyak kad, beli benda ni guna kad."

"Ia tidak salah kalau dibayar secara konsisten dan ikut tempoh."

"Itulah masalahnya."

"Kalau macam itu, memang bermasalah bila hujung bulan bila bil datang."

"Ada cara nak bayar tak."

"Kalau rasa tidak mahu kena caj faedah, memang ada cara."

"Bagaimana?"

"Cuba call pihak ESave Marketing. Mereka ada cara terbaik buat kita."

"Maksudnya?"

"Mereka akan uruskan penukaran cara bayaran biasa kepada EPP."

"EPP?"

"Easy Payment Plan. Maksudnya kita bayar bil bulanan kad kredit dengan bayaran tetap dalam tempoh tertentu. Paling lambat tiga tahun."

"Wah! Bagus juga, macam mana mahu 'apply'?

"Call 012-2441185. Agen Berdaftar ESAVE ini akan berikan 'proposal' kepada kita sebaik sahaja kita hantar email kepadanya tentang maklumat hutang akaun kad kita."

"Kalau aku tak setuju?"

"Abaikan sahaja, kerana servis pengiraan ini adalah PERCUMA sahaja."

"Boleh percayakah?"

"Sila lawati blog dia atau jumpa agen berkenaan sendiri atau pergi ke mana-mana ofis ESAVE. Kalau kita di KL ni, paling dekat di Wangsa Maju."

"Kalau macam itu, yakinlah aku."

"Tidak perlu takut kerana bil bulanan kita nanti akan dihantar oleh bank yang sama tetapi bayaran berbeza kerana bil baru nanti akan tercatat bayaran bulanan minima RM50 sahaja."

"Ohh..macam itu."

"Tapi tidak digalakkan kerana kita patut bayar bil sepatutnya. Katakan kita kena bayar RM200, maka bayarlah RM200 selama tempoh kita setuju sebelum ini. Barulah hutang kita selesai ikut tempoh."

"Kalau bayar RM50 sahaja?"

"KIta masih boleh terima tidak sebagaimana bayaran biasa kerana kita dicaj berdasarkan bayaran bulanan dan bukannya ikut hutang keseluruhan."

"Maksudnya?"

"RM200 tolak RM50 maka baki tertunggak RM150 didarab dengan 1.5 peratus, maka itu sahajalah caj dikenakan. Bukannya ikut jumlah keseluruhan hutang."

"Faham aku."

"Sekarang juga DAIL 012-2441185, bercakap dengan Encik WAN."

Read more...

Thursday, December 2, 2010

449 Muflis Kad Kredit


BERDASARKAN statistik dikumpul pengeluar kad kredit bagi 2007 hingga 2009, tiada kes muflis dilaporkan bagi pemegang kad kredit berusia 25 tahun ke bawah, manakala bagi pemegang kad kredit berusia 26 hingga 30 tahun, kes muflis akibat hutang itu secara puratanya adalah dua orang setahun.

Timbalan Mentri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, lebih separuh daripada individu muflis akibat hutang kad kredit dalam tempoh tiga tahun lalu adalah individu berusia lebih 45 tahun, bermakna tanggapan bahawa golongan muda yang terbanyak menjadi muflis adalah tidak benar.


“Pada 2009, bilangan individu diisytiharkan muflis disebabkan hutang kad kredit adalah sebanyak 0.01 peratus atau 405 orang daripada 3.2 juta pemegang kad kredit utama dan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, bilangan individu muflis kekal pada kadar sama iaitu 449 orang daripada 3.2 juta orang.

“Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa memantau dan memastikan tahap penggunaan kad kredit berhemat dan terkawal dengan memperkenalkan Garis Panduan Kad Kredit yang memberikan perlindungan kepada pengguna serta pendidikan mengenai penggunaan kad kredit.


“Sebagai contoh, Garis Panduan Kad Kredit memerlukan pengeluar kad kredit membuat rujukan kepada Sistem Maklumat Pusat Rujukan Kredit (CCRIS), iaitu sistem yang dilengkapi maklumat kredit peminjam yang komprehensif untuk menilai kedudukan kewangan si pemohon,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.


SEBELUM IA TERJADI KEPADA DIRI KITA SENDIRI, LAKUKAN SESUATU. ALTERNATIFNYA IALAH BERSAMA ESAVE MARKETING.

Read more...

Wednesday, December 1, 2010

MAKLUMAN TERBARU

MAKLUMAN UNTUK SEMUA PELANGGAN DAN BAKAL PELANGGAN ESAVE MARKETING

1) BANK RATE UOB TERKINI 18% BAGI TEMPOH 18 BULAN

2) CIMB EPP HANYA BOLEH DIBUAT SEHINGGA 31/12/2010.

3) CIMB ISLAMIC HANYA BOLEH DIBUAT 12 BULAN SAHAJA.

4) EPP BANK ISLAM DIHENTIKAN BUAT SEMENTARA WAKTU.

Saya mewakili Esave Marketing mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang sudah berurusan dengan saya sepanjang tahun 2010 ini. Diharapkan masalah bayaran kad kredit anda juga dapat diselesaikan. Anda pun bolehlah senyum tanpa dikenakan INTEREST lagi.

Kepada bakal pelanggan, selamat datang ke ESave Marketing dan janji kami ialah dapat selesaikan masalah hutang kad kredit anda. Cuma pihak kami tidak dapat bantu jika kad kredit yang sudah disenarai hitam.

Persediaan sebelum SMS saya untuk bantu tuan/puan :

1) Nama Bank

2) Jumlah Had Kredit Kad

3) Jumlah Hutang Semasa

4) Baki Kad Kredit Semasa

5) Status Kad

6) Ada buat pembelian ansuaran mudah atau tidak.

Read more...

Wednesday, October 13, 2010

Peraturan Kad Kredit Lebih Ketat


KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengguna pakai peraturan yang lebih ketat untuk mengekang kemungkinan perbelanjaan besar oleh pemilik kad kredit serta aktiviti spekulatif dalam pasaran hartanah dalam Bajet 2011.

Menurut Kenanga Research, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka memberi tumpuan dalam menangani hutang isi rumah pada tahun depan bagi menggalakkan perbelanjaan kad kredit secara berhemah.

Menurutnya, langkah baru sewajarnya perlu ada untuk mengehadkan bilangan kad yang boleh dimiliki selain nilai kredit setiap kad yang lebih rendah.

"Bank pusat harus mengehadkan pengguna untuk memiliki hanya dua kad kredit daripada dua bank pilihan masing-masing dan membenarkan pengguna yang pendapatan tahunan melebihi RM24,000 memiliki kad kredit berbanding keperluan minimum sekarang sebanyak RM18,000.

"Bank pusat juga perlu mengurangkan had perbelanjaan sebanyak 1.5 kali gaji bulanan masing-masing (sekarang 2.5-3.0 kali), ditetapkan mengikut budi bicara bank itu bagi pemohon pertama kali," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Bajet 2011 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO!

Read more...

Tuesday, October 5, 2010

Berita Gembira Untuk Pemegang Kad MBF

BERITA GEMBIRA!
Untuk
Semua pemegang kad kredit MBF
Sekarang sudah boleh tukarkan hutang semasa kad kredit anda
ke Plan EPP E-Save Marketing
EPP 12 Bulan dan Bayar untuk tempoh 22 bulan.

Read more...

Wednesday, August 4, 2010

Bukan Suka-Suka

Terima kasih kerana sudi menjengah di blog yang tidak seberapa ini. Blog ini penting bagi saya berhubung secara terus dengan bakal pelanggan atau pelanggan saya sebelum ini. Segala maklumat atau perkongsian ilmu dapat disalurkan di sini.

Ramai kenalan atau individu yang berjumpa saya dan menyesal memohon kad kredit.

"Kenapa menyesal?"

"Kad kredit inilah menyebabkan hutang saya semakin menimbun."

Saya bertanya, " Salah kad kredit atau salah sendiri?"

"Memang salah diri sendiri. Tapi bila dah ada, kenalah guna."

"Kenapa tidak guna duit tunai?"

"Dah ada kad kredit, kita 'swipe' sahajalah."

"Kalau macam itu, jangan salahkan kad kredit. Walaupun begitu, ia juga banyak membantu kita dimasa kita perlukan sesuatu tetapi kocek kosong."

"Saya akui, ia membantu."

"Begini sahajalah. Kad yang ada masalah kita tukar ke plan EPP dahulu. Kad yang satu lagi simpan dan keluarkan jika keadaan terdesak."

"Bukan awak seorang yang hadapi dilema ini. Keadaan semasa menyebabkan kita perlu berhutang. Cuma cara kita selesaikan sahaja perlu bijak." Saya menambah lagi agar kerungsingan dia berkurangan.

"Betul juga kata awak."

"Jadi, apa perlu saya buat?"

"Pertama saya perlukan nama bank pengeluar kad, kedua berikan saya jumlah had limit kad, ketiga jumlah hutang terkini. Kalau boleh call bank dan tanya, jangan lihat yang tertera di bil lepas.Keempat, berikan jumlah baki kad. Kelima, maklumkan jika ada buat apa-apa pembelian dengan skim ansuran mudah menggunakan kad kredit. Nyatakan jumlah hutang dan baki tempoh pembayaran. Dan akhir sekali status kad sama ada masih aktif atau sudah di'block'."

"Insya-Allah."

"Semoga bermula bulan depan, masalah hutang kad kredit tuan selesai."

Read more...

Siapa Tiada Hutang?

Dewasa ini siapa yang tiada hutang? Itulah persoalan yang sering ditanya. Tapi kita harus ingat hutang yang bagaimana? Adakah ia di bawah kemampuan perbelanjaan bulanan kita?

Kita tinggalkan sejarah silam kita yang menyebabkan kita berhutang. Perlu kita fokuskan sekarang bagaimana mahu selesaikan hutang terutamanya hutang kad kredit.

Sebelum itu, saya ingin kongsikan maklumat tanda-tanda seseorang itu ada masalah hutang:

1- Tidak boleh buat bayaran minimum atas kad kredit.

2- Pinjam dari satu kad kredit kepada satu kad kredit yang lain.

3- Asyik kena denda lewat bayar.

4- Kad kredit digunakan sebagai cara bayaran yang utama.

5- Tidak boleh menabung/menyimpan sebab banyak hutang.

6- Lebih 20 peratus gaji bersih digunakan untuk bayar kad kredit.

Itulah di antara tanda-tandanya. Semoga ia membantu.

Oleh itu, kami tampil di tengah-tengah masyarakat yang menghadapi masalah hutang. Ia sekurang-kurangnya dapat membantu anda dan orang lain dari belenggu hutang kad kredit.

Plan EPP juga dapat memberi perancangan pembayaran lebih tersusun dan anda ada target bila hutang dapat dilangsaikan.

Anda tidak harus berasa kecewa. Teruskan berusaha untuk atasi masalah hutang. Banyakkan berdoa dan solat sunat Dhuha. Insya-Allah, Tuhan Maha Penyayang akan bagi jalan kepada kita tanpa disangka-sangka.

Wallahualam buat setakat ini.

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP