Tuesday, November 1, 2011

Jangan Tunggu Lama-Lama

"Aduhhhh! Sakit kepala macam ni. Semua kad sudah hampir penuh."

"Macam mana nak buat ni?"

"Tak kan nak hutang lagi."

"Tolonglahhhhh!"

"Itulah. Semua nak bayar dengan kad kredit. Alih-alih hutang menimbun. Menyesalnya aku!!!"

Lelaki itu terus bukan internet. Buka laman carian google. Maka dia menaip.

'Masalah hutang kad kredit.'

Dia pun terjumpa sebuah blog Bebas Hutang Kad Kredit.

"Syukur! Masih ada jalan. Cuma, bolehkah aku diselesaikan lagi?"


Inilah yang selalu berlaku. Bila kesemua kad sudah hampir penuh atau mencecah limit. Barulah tersedar. Nak isi minyak pun sudah tak boleh.

Maka apa perlu dibuat ialah jangan tunggu lama-lama. Jika masih satu kad yang masih kosong atau baki yang banyak. Boleh digunakan untuk jelaskan kad yang sudah penuh tadi. Ini kita perlu buat kiraan dan lihat berapa hutang yang harus diselesaikan.

Segera hubungi atau tinggalkan pesanan kepada saya sekarang!

Read more...

Tuesday, October 25, 2011

Kad Kredit Kena 'Block'.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA buat semua pengunjung blog Bebas Hutang Kad Kredit. Kebetulan hari ini sedang bercuti perayaan Deepavali. Maka saya ambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI DEEPAVALI buat semua pelanggan beragama Hindu.

Kad Kredit Kena 'Block'.

Situasi biasa yang saya alami ialah permintaan pelanggan untuk menyertai EPP E-Save tetapi kad kredit sudah disekat oleh pihak bank.

Pihak kami tidak dapat menukarkan status pembayaran kad kredit yang sudah disekat kepada EPP kerana pihak bank tidak sesekali membenarkan perkara tersebut. Jika mohon, ia pasti ditolak. Jadi dinasihatkan tuan-tuan bayar dan 'clear'kan terlebih dahulu kad kredit tersebut sebelum memohon EPP.

Read more...

Sunday, August 14, 2011

Siapakah ESAVE???


SALAM KEMERDEKAAN UNTUK SEMUA...

Siapakah Esave Marketing

ESAVE MARKETING (PG 0210006-H) ditubuhkan pada 19 November 2007 bertujuan untuk membantu mereka yang bermasalah dengan hutang kad kredit serta mengelakkan daripada kena "blacklist", "CTOS" atau "CCRISS". Esave Marketing menawarkan khidmat nasihat dalam membantu anda meringgankan beban hutang kad kredit anda demi kebaikan keluarga dan perniagaan anda. Perlu diingat Esave Marketing (PG 0210006-H) BUKAN wakil bank dan TIDAK menawarkan sebarang bentuk pinjaman kepada anda. Esave adalah PERUNDING CARA BEBAS dan TIDAK mewakili mana-mana badan kewangan atau institusi kewangan. Esave hanya menawarkan khidmat runding cara untuk penyelesaian hutang kad kredit. Kami BUKAN Syarikat pinjaman berlesen, Hutang ANDA MASIH Pada BANK YG SAMA, BAYARAN Bulanan pun masih kepada BANK YG SAMA, CUMA PERBEZAANNYA, HUTANG ANDA TELAH DI TUKAR KEPADA 0% INSTALLMENT PLAN.

Siapa boleh memohon Plan EPP ini?

EPP ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kad kredit dari bank-bank yang ada di Malaysia. Antara syarat utama kad kredit pemohon mestilah AKTIF. Pemohon yang mempunyai kad kredit yang di BLOK tidak di terima. Walau bagaimana pun pemohon boleh menghubungi pihak bank dan minta pelepasan status BLOK. Plan ini amat sesuai untuk pemohon yang penggunaan kad kreditnya tidak lebih 80% dari had kredit kad. Bagi yang telah EXCEED kad kredit limit perlu membuat bayaran tunai untuk one-time fee yg dikenakan.

Bagaimana untuk memohon?

Hubungi kami atau hantar email kepada kami bersama butiran seperti jumlah hutang setiap kad kredit, had limit setiap kad kredit dan nama bank bagi setiap kad kredit. Pihak kami akan membuat kiraan dan saranan awal samada anda boleh memohon Plan 0% Interest yang di tawarkan. Jika anda layak anda boleh datang ke pejabat transaksi untuk proses transaksi dan penyelesaian kad kredit anda.

Apa yang perlu di bawa untuk proses ini?

Bawa diri, kad pengenalan & semua kad kredit yang ingin di tukarkan kepada plan 0% interest ini. Pengesahan identiti pemohon sendiri dengan bank diperlukan untuk proses transaksi.

Berapa lama tempoh kelulusan?

Biasanya ia mengambil masa antara 20 minit hingga 50 minit. Bergantung kepada jumlah pemohon.

Bayaran bulan di bayar kepada siapa?

Pemohon perlu membayar bayaran bulan kepada bank pengeluar kad tersebut. Sebagai contoh, jika hutang tersebut kepada kad kredit Maybank maka pemohon perlu membayar kepada Maybank. Tetapi kali ini hutang pemohon telah di tukarkan kepada Easy Payment Plan (EPP) - maksudnya plan bayaran mudah di mana hutang pemohon telah diagihkan untuk beberapa bulan yang dipohon TANPA INTEREST!

Ada tak caj-caj tersembunyi?

Tiada caj yang tersembunyi. Apa yang ada hanyalah One-Time service fee yang dikenakan oleh syarikat. Lihat pada jadual FEE CHARGE. One Time Fee tersebut yg di bayar oleh anda melalui kad kredit / cash adalah nilai sebenar yg perlu anda bayar. Kesimpulannya anda telah bayar semua charge dan aktifkan EPP.

Adakah proses ini selamat?

Ya proses ini adalah selamat. Tugas kami cuma menukarkan hutang sedia ada anda kepada EPP (Plan 0% Interest). Hutang anda masih dengan bank yang sama dan anda perlu bayar kepada bank yang sama. Cuma yang lainnya anda telah mengaktifkan Plan 0% Interest yang lebih menjimatkan!

Apa kelebihan plan EPP?

Dapat mengurangkan interest yg di kenakan pada pengguna kad kredit, Sebelum plan EPP anda terpaksa membayar 18% interest setahun atau 1.5% sebulan ke atas hutang anda (outstanding). Setelah mengaktifkan plan EPP, anda tidak lagi membayar 18% & 1.5% tersebut. Disamping itu tiada lagi interest berganda, full payment yg sangat rendah, minimum payment yg sangat rendah, tiada lagi call daripada pihak bank, tempoh bayaran yg sangat singkat, rekod nama yg baik di bank, senang nak apply loan lain & byk lagi!

Bolehkah saya buat plan EPP jika kad kena blok (temporary blok) dan sudah 3 bulan tak bayar ?

Boleh. Tapi anda kena aktifkan dulu kad tersebut dgn membayar minimum payment (tanya bank anda berapa minimum payment). Jika tak mampu bayar minimum tersebut, anda boleh datang pejabat utk perbincangan lanjut TAPI pastikan kad anda boleh di aktifkan jika pembayaran di buat.

Adakah kad saya masih boleh di gunakan lagi setelah convert kepada EPP?

Kad anda masih aktif dan boleh digunakan lagi tetapi amount available akan berubah, Amount available akan bertambah bila anda mula membayar bayaran bulanan setiap bulan. Sebagai contoh: Limit 10000, outstanding 8000, available 2000, Convert utk 2 tahun = 18% = 1800. Available balance sekarang ialah RM200 (2000-1800), dengan bayaran bulanan RM208. Apabila anda mula membayar bayaran bulanan sebanyak RM208, Available balance akan menjadi RM408 (200 + 208). & available balance (jumlah yg buleh guna) ini akan terus bertambah setiap kali anda buat bayaran bulanan.

Fee charge setiap bank berbeza. Adakah cara utk mengurangkannya?

Ada. Convertkan kad kredit dari bank yg paling rendah fee chargenya. Bank yg paling rendah, (refer jadual fee charge). Contoh customer ada kad kredit dari CiTiBANK dgn fee charge 32% utk 3 thn (sgt tinggi berbanding bank lain). Jadi anda boleh apply kad baru dari bank yg paling rendah fee chargenya. Selepas itu, baru convertkan kepada EPP, Oleh kerana kad baru anda akan dapat cash kerana tiada outstanding, cash tadi di gunakan utk membayar kad citibank, Kemudian, convertkan outstanding kad baru anda tersebut kepada EPP. Kesimpulannya anda telah tutup kad citibank dan buat EPP utk kad yg lebih rendah fee chargenya. Plan ini sesuai utk mereka yg masih clear nama / belum ada criss / blacklist.



Read more...

Saturday, July 16, 2011

AMBIL DUIT TUNAI

MUSIM BERBELANJA SAKAN kembali semula pada tahun ini. Maksud saya pada bulan Ogos nanti umat Islam akan menyambut kedatangan RAMADHAN. Berpuasa sebulan. Kebiasaan berlaku dalam masyarakat kita ialah persiapan hari raya sudah bermula sejak awal Ramadhan. Masing-masing sibuk untuk hiaskan rumah, beli atau tempah pakaian, kuih muih dan sebagainya.

AMBIL CASH MELALUI KAD KREDIT

Salah satu dilema masyarakat hari ini ialah perbelanjaan melebihi kemampuan. Dan ada yang terpaksa mengeluarkan duit 'cash' menggunakan kad kredit. Memang ia agak 'merbahaya' apabila dikenakan caj yang tinggi. Jadi apa solusinya.

Tuan/puan boleh tunaikan duit menggunakan kad kredit tanpa dikenakan caj tinggi sebagaimana bank mengenakan caj tersebut melalui kad kredit mereka. Caranya ialah :

DATANG ATAU HANTARKAN KAD KREDIT TUAN/PUAN YANG MASIH ADA BAKI KE PEJABAT KAMI.

Bagaimana ?

Contoh kad kredit tuan/puan masih berbaki RM4000 dan tiada hutang lain. Maka kami akan 'swipe' kad tersebut dengan jumlah diminta berserta 'bank rate' yang dikenakan berdasarkan bank-bank kad kredit tuan/puan.

Tuan/puan akan dapat tunai dan bayar secara ansuran selama satu atau dua atau tiga tahun (bergantung pada bank tertentu).

Contoh kiraan:

Kad Kredit Maybank

RM3900 - 22% (bank rate tempoh 2 tahun ) = RM3042.
RM3042 - RM0 ( hutang tiada ) = RM3042 ( dapat tunai )

RM3900 dibayar selama 24 bulan = RM162.50 atau bayaran minima RM50 sahaja.

Walau bagaimanapun kalau bayar RM50, tuan/puan kena caj 1.5% daripada bayaran bulanan dan bukan daripada jumlah hutang keseluruhan seperti bank caj.

RM162.50 - RM50(tuan/puan bayar) = RM112.50 x 1.5% = RM1.69 sahaja caj interest dikenakan oleh bank dengan kaedah EPP Esave ini.

Read more...

Monday, January 3, 2011

Boleh buat EPP dengan Kad Kredit AEON


SELAMAT TAHUN BARU 2011

BERITA BAIK !!

Permulaan yang menggembirakan pada tahun baru apabila ESAVE mengumumkan bahawa pengguna Kad Kredit AEON boleh buat EPP. Tempoh bayaran pula ialah selama 12 bulan dan 18 bulan. Oleh itu, jika saudara/i pengguna kad kredit AEON, jangan berlengah lagi jika ingin tukarkan pembayaran kepada EPP.

Satu lagi BERITA BAIK ialah pengguna Kad Kredit CIMB juga boleh membuat bayaran EPP 20 bulan dan 30 bulan sehingga bulan Jun 2011. Pada awalnya EPP hanya boleh dilakukan sehingga 31 Disember 2010 sahaja.

Terima kasih sekali lagi kepada para pelanggan kerana memberi kepercayaan kepada saya dan pihak Esave Marketing untuk menyelesaikan kemelut pembayaran kad kredit tuan/puan. Pada mulanya ia agak sukar untuk percaya bahawa kaedah EPP ini menjadi salah satu alternatif untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung. Selepas beberapa tahun kebelakangan ini pihak kami semakin mendapat perhatian dan diberi kepercayaan sepenuhnya oleh para pelanggan kami.

Terima kasih sekali lagi.

Sehingga ketemu lagi di entri akan datang. Selamat Tahun Baru 2011.

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP