Bukan Suka-Suka
Terima kasih kerana sudi menjengah di blog yang tidak seberapa ini. Blog ini penting bagi saya berhubung secara terus dengan bakal pelanggan atau pelanggan saya sebelum ini. Segala maklumat atau perkongsian ilmu dapat disalurkan di sini.
Ramai kenalan atau individu yang berjumpa saya dan menyesal memohon kad kredit.
"Kenapa menyesal?"
"Kad kredit inilah menyebabkan hutang saya semakin menimbun."
Saya bertanya, " Salah kad kredit atau salah sendiri?"
"Memang salah diri sendiri. Tapi bila dah ada, kenalah guna."
"Kenapa tidak guna duit tunai?"
"Dah ada kad kredit, kita 'swipe' sahajalah."
"Kalau macam itu, jangan salahkan kad kredit. Walaupun begitu, ia juga banyak membantu kita dimasa kita perlukan sesuatu tetapi kocek kosong."
"Saya akui, ia membantu."
"Begini sahajalah. Kad yang ada masalah kita tukar ke plan EPP dahulu. Kad yang satu lagi simpan dan keluarkan jika keadaan terdesak."
"Bukan awak seorang yang hadapi dilema ini. Keadaan semasa menyebabkan kita perlu berhutang. Cuma cara kita selesaikan sahaja perlu bijak." Saya menambah lagi agar kerungsingan dia berkurangan.
"Betul juga kata awak."
"Jadi, apa perlu saya buat?"
"Pertama saya perlukan nama bank pengeluar kad, kedua berikan saya jumlah had limit kad, ketiga jumlah hutang terkini. Kalau boleh call bank dan tanya, jangan lihat yang tertera di bil lepas.Keempat, berikan jumlah baki kad. Kelima, maklumkan jika ada buat apa-apa pembelian dengan skim ansuran mudah menggunakan kad kredit. Nyatakan jumlah hutang dan baki tempoh pembayaran. Dan akhir sekali status kad sama ada masih aktif atau sudah di'block'."
"Insya-Allah."
"Semoga bermula bulan depan, masalah hutang kad kredit tuan selesai."
Read more...